RSS

Friday, September 4, 2009

Bukan ceramah, bukan khutbah, sekadar iktibar

“Kerana pulut santan binasa,

Kerana mulut badan binasa”


Kompem korang penah dengar bukan ayat atas tu?tipuulaa kalo masa sekolah2 dulu korang tak penah dengar..apapepon, percaya tak korang bahawa mmg benarrr apa yang dikatakan oleh pantun tersebut??iyaa..seperti yang semua sedia maklum makna pantun tu berkaitan ngn manusia-manusia yg perlu mempunyai insuran mulut yang agak tinggi sebab orang seperti ini tak mempunyai kawalan diri terhadap apa yang dikatakan. Kesimpulannye, sedap mulut die jek nk cakap ape tanpe pikir yg die tengah bercakap ngn orang. Sesama manusia yang mempunyai perasaan serta jiwa. Bukannye dengan dinding, meja, atau gelang bling2 oversea yang dimiliki atau tv yang xmempunyai apa-apa perasaan.


Manusia sebegitu tak pikir bahawa nahtijah yang berlaku pada dirinya mungkin akibat daripada sifatnya yang suka menyakiti, membunuh dan mencincang semangat pelajar-pelajar yang sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. Segala penyakit yang tak henti2 menimpa diri beliau, jiwa yang kacau bilau dan tidak tenteram, tidak pernahkah beliau nampak mengapa semua itu berlaku??tidak cukupkah cermin dirumah??maka beliau tidak mencerminkan diri sendiri?? Hanya nampak kesalahan orang lain walau sebesar zarah, namun kesalahan diri tidak dicari?? Betapa parahnya hati manusia sebegitu yang sangat riyak, pemarah,ego, takkabur dan sombong...penyakit hati sebegini yang sukarrr untuk diubati..wang yang sgt banyak tidak akan mampu mengubahnya melainkan diri sendiri..beristigfar sebentar terhadap apa yang selama ini diperkatakan dan makian..bukan sekadar sit under the coconut tree and think.. lebih baik duduk di atas sejadah dan bermuhasabah diri!


Cukup-cukupla mengumpul dosa..cukup-cukupla bersifat sebegitu..adakah beliau mahu orang lain membenci sehingga ke tahap jika beliau pulang ke rahmatullah, itu merupakan rahmat??

Sehingga tahap itukah beliau mahu tahap dirinya diletakkan dimata pelajar yang sepatutnya mendoakan kesejahteraanya??

Bagaimana beliau ingin mencapai kebahagiaan di hati jika tidak henti- henti mencemuh dan menghina sesama mukmin??sesama bangsa??sesama kaum??


Adakah beliau fikir apabila meninggal dunia kelak beliau mampu memandikan diri sendiri??

Kafankan diri sendiri??

Tanamkan diri sendiri??

Tidakkah beliau terfikir insan2 biasa jugalah yang akan membantu??

Mereka2 yang sememangnya selalunya Melayu??

Yang tidak reti berbahasa barat??

Tiada taraf pendidikan tinggi seperti yang beliau miliki??


Tiada manusia yang lebih mulia daripada manusia yang lain..kita semuanya sama sahaja walau setinggi mana pun pencapaian diri..kerna kita semua tetap berasal daripada setitis air mani!!


Sabda rasulullah s.a.w:

”tidak akan masuk ke dlm syurga orang yg dalam hatinya terdapat sifat sombong walaupun sebesar zarah (Riwayat Muslim)


Thursday, September 3, 2009

Jom jalan2!!

Pada petang yang bercuaca ala-ala redup gitu..maka kelihatan empat orang gadis ayu,chomey,santun, penuh adab ketimuran dan beretika (cheewahh) menurunkan diri dari rumah masing2 sebagai wakil kepada biro akademik, dengan jayanya membantu menghamparkan tikar untuk pelajar-pelajar yang akan berterawikh.

Lepas dah bentang2 tu, tolong angkat2 pulak makanan yang disponser untuk berbuka. Free Ooo rakan2 sekaliaan..seyes nak jimat duit join jela makan kat foyer..hehe! tapi, tu bukan agenda kami pun. Cuma dah kebetulankan kat bawah. So, macam agak best plak rasanye nak mengimarahkan lagi majlis berbuka pose secara beramai2 ^___^

Maka, kami pon berpakat untuk duduk kat foyer blok 3 dan menghabiskan masa tuk tunggu masa berbuka dengan gosip2 hangat...(tak mengumpat ok..byk mengimbas kembali insiden cacian pagi tadi jek..kuikuikui).

Then tetibe baru aku sedar ”wah, makan dalam dulang kerr??”...yaa, tepat sekali. Dalam dulang tuu makanan kami dihidangkan. Hehe! Aku xkesahh..mmg first time experience laa makan gtu. oleh kerana kuantiti makanan yang bagak banyak, maka, diorg pun suh rekrut pasukan makan sebanyak 5 org bgi yg makan berdulang. Dah macam Amazing Eat daa~
Oleh sebab dulang kami kaler biru, maka dengan suka sukiinye aku bagi name team kami dulang biruu! Go go go! ^___*

Ahli2 yang menyertai pasukan dulang biru nh bukan calang2 orangnye ye..mari2 aku perkenalkan dengan penuh bangganye…(sila tepuk meja masing2 secara berirama dengan kadar yang laju ala2 parlimen ye)




wakil2 daripada batu gajah, sabak bernam dan gomeh@ gemassss..



tadaaa~ sebelummmm..





dinikmati bersama air bandung 'sharing is caringgg'




selepas azan berkumandang je, maka kami membaca doa dan ape lagiii...banzaiiiiiii! jgn ingt muke kiut gtuu xmampu baham sebahamnyee..hehe!



rakusss...rakuss...makan jgn xmakan..lalala




siap pose utk suapan terakhir lagii..dulang biru leadingg melicinkan dulangg..hehe!
(p/s: cube teka tangan milik siapakah tangan2 ini??)



finito!!!


licin bukan???hehe..kalo perlukan khidmat makan beramai secara berhemah, jangan malu jangan segan hubungilah kamii..hehe!sehingga menciutt tuu.."jangan membazir" adalah prinsip terbaekkk punyeee...^__^
kepada warga KHAR, MARILAH KITA SAMA2 BERBUKA PUASA BERAMAI2!